SHAH ALAM – Pakatan Harapan (PH) sah mencalonkan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Datuk Seri Idris Haron dan Datuk Nor Azman Hassan sebagai calon gabungan parti itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Idris akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan manakala Nor Azman di Pantai Kundor.