Lebih 100 maut akibat letupan dua lori tangki berlanggar

Iklan
Foto BBC

MOSCOW - Lebih 100 orang dikhuatiri maut dalam satu kejadian letupan selepas dua lori berlanggar di Sierra Leone, kata Datuk Bandar Freetown, Yvonne Aki-Sawyerr pada Sabtu, lapor Sputnik.

"Saya sedih mendengar kejadian yang berlaku di Jalan Bai Bureh, Wellington selepas sebuah lori yang membawa bahan api bertembung dengan lori lain. Khabar angin menyatakan lebih 100 orang telah terkorban. Jumlah kerosakan harta benda belum dapat dipastikan,” tulis Aki-Sawyerr di Facebook.

Iklan
Iklan

Beliau turut mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban dalam kejadian itu. - Bernama