Kembali Meriah

Iklan

Gerai tepi jalan menjual keropok lekor, ikan masin serta produk industri kecil di Kampung Jaya Gading dilihat kembali meriah semasa tinjauan di Kuantan, hari ini.

Gerai yang menempatkan puluhan peniaga kecil itu sememangnya menjadi tumpuan pengguna jalan raya terutama pengunjung luar dari Kuantan yang singgah membeli-belah.

Iklan
Iklan

Setelah sekian lama lengang, kini ia kembali meriah sejak kebenaran merentas negeri serta pelaksanaan negeri Pahang ke Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN). - Foto Bernama