AS tingkatkan keupayaan F-22 Raptor

Iklan
F-22 Raptor akan berusia empat dekad menjelang 2030 selepas ia pertama kali dibangunkan pada 1991. - Foto Agensi

WASHINGTON - Tentera Udara Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat memberikan kontrak bernilai AS$10.9 bilion (RM45.3 bilion) kepada Lockheed Martin untuk memodenkan jet pejuang, F-22 Raptor milik mereka.

Menurut Jabatan Pertahanan, kontrak di bawah projek ARES itu akan meliputi beberapa perkhidmatan termasuk menaik taraf, penambahbaikan dan pembaikan kepada F-22 Raptor.

Iklan
Iklan

Kandungan perjanjian itu juga menetapkan firma aeroangkasa itu untuk menyediakan perkhidmatan logistik dan perolehan kit perkakasan permodenan.

Jika terma kontrak berkenaan dipatuhi, Pentagon menjangkakan program pemodenan ke atas pesawat pejuang generasi kelima itu akan selesai menjelang 31 Oktober 2031 dan akan dilaksanakan di pangkalan tentera Fort Worth, Texas.

Iklan

Bagaimanapun, had jangka hayat jet pejuang F-22 Raptor itu mungkin hampir berakhir ketika projek pemodenan itu tamat.

Pada Mei lalu, Ketua Turus Angkatan Tentera Udara, Jeneral Charles Brown berkata, mereka merancang untuk menamatkan F-22 Raptor sebagai sebahagian daripada usaha mengurangkan inventori jet pejuang.

Iklan

Bagaimanapun, Timbalan Ketua Turus untuk Strategi, Integrasi dan Keperluan, Leftenan Jeneral Clinton Hinote memaklumkan mereka mahu menggunakan jet pejuang itu sebagai ‘jambatan’ sehingga program Penguasaan Udara Generasi Akan Datang dilancarkan.

Jelasnya, F-22 Raptor akan berusia empat dekad menjelang 2030 selepas kali pertama dibangunkan pada 1991.

"Ia tidak akan menjadi senjata yang tepat terutamanya untuk misi mempertahankan sekutu kita seperti Taiwan, Jepun dan Filipina daripada ancaman China yang semakin meningkat,” ujarnya. - Agensi