MANCHESTER City membuktikan penyandang juara itu merupakan kuasa sebenar bola sepak Manchester apabila menewaskan Manchester United 2-0 dalam derbi ke-186 kedua-dua kelab pada perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Old Trafford malam ini.
Anak buah Pep Guardiola yang tampil dengan misi melakar kemenangan bagi merapatkan kedudukan dengan pendahulu liga Chelsea, terlebih dulu di depan hasil jaringan gol sendiri pemain pertahanan United, Eric Bailly seawal minit ketujuh.