PENYANYI cantik, Nabila Razali, 27, mengakui belum ada jejaka yang melekat di hati untuk dijadikan sebagai suami.
Bagaimanapun, jelas pelantun lagu Pematah Hati dan Vroom Vroom ini, andai sudah tiba masa dia pasti akan berkahwin.
"Terus terang saya cakap... buat masa ini memang saya tak bercinta dengan sesiapa pun.
"Cuma saya berkawan ramai dengan rakan artis lelaki. Itu pun sebab hal-hal kerja. Lagi pun fokus saya sekarang adalah menumpukan sepenuh perhatian pada kerjaya.
"Insya-ALLAH bila jodoh sampai saya tak mampu untuk menolaknya," kata Nabila yang rapat dengan Khai Bahar dan Hael Husaini
Dalam perkembangan lain, Nabila baru sahaja habis menjalani penggambaran travelog untuk Astro dan sedang menjalani penggambaran telefilem untuk hari raya.