CHELSEA terus melebarkan status pendahulu saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) mengatasi pencabar terdekat yang juga penyandang juara Manchester City.
Manchester City sebelum itu mengesahkan tiga mata milik skuad Pep Guardiola tersebut selepas menewaskan Manchester United 2-0 dalam aksi derbi Manchester di Stadium Old Trafford.
Iklan
Iklan
Satu mata diperolehi Chelsea ketika melayan kunjungan Burnley di Stadium Stamford Bridge yang berakhir dengan keputusan seri 1-1 menyaksikan The Blues memimpin liga dengan kelebihan tiga mata.
Anak buah Thomas Tuchel terlebih dulu berada di depan hasil jaringan Kai Havertz pada minit ke-33, namun ledakan penyamaan Matej Vydra pada minit ke-79 memaksa The Blues berkongsi mata pada perlawanan itu.
"Itulah sebabnya semua orang sukakan permainan apabila pasukan boleh 'mencuri' mata jika pasukan lain terlupa untuk menjaringkan gol yang sepatutnya," kata Tuchel, yang mengemudi The Blues mencatat tujuh kemenangan berturut-turut dalam semua perlawanan kejuaraan terakhir.