KOTA TINGGI- Dua lelaki yang sedang memancing ikan dan terperangkap di batu tunggul pantai akibat air pasang dekat Pantai Tanjung Balau di sini ditemui selamat oleh anggota bomba pada awal pagi Ahad.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penawar, Penolong Penguasa Bomba Mohd Khairul Sufian Dahari berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 9.46 malam Sabtu.
Iklan
Iklan
Beliau berkata, sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) membabitkan sembilan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian bagi kerja menyelamat.
"Terdapat dua lelaki berusia lingkungan 20-an ditemui terperangkap di batu tunggul pantai ketika melakukan aktiviti memancing.
"Operasi menyelamat menggunakan sebuah bot nelayan tempatan. Mangsa bagaimanapun dijumpai berada di atas batu tunggul pantai dalam keadaan selamat," katanya menerusi satu kenyataan pada Ahad.
Menurut Mohd Khairul Sufian, mangsa dibawa ke jeti berhampiran dan operasi ditamatkan pada jam 2.45 pagi.