MySejahtera mohon maaf salah beri status HSO, PUS

Iklan
Aplikasi MySejahtera memohon maaf atas kesilapan teknikal membabitkan pemberian status HSO dan PUS. - Foto Awani

KUALA LUMPUR - Aplikasi MySejahtera hari ini memohon maaf atas kesilapan teknikal membabitkan pemberian status Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) dan Individu dalam pemantauan (PUS) kepada beberapa individu.

Menerusi laman Twitternya, MySejahtera menjelaskan masalah berkenaan sudah diperbaiki dan kesemua status HSO telah dipadam serta status PUS pula ditarik semula.

Iklan
Iklan

Ia selepas beberapa individu mendakwa status mereka di MySejahtera bertukar kepada HSO dan PUS sejak awal pagi ini.

Ada juga dalam kalangan mereka mendakwa status MySejahtera mereka kembali kepada asal selepas mendapatkan bantuan di ruangan 'helpdesk' dalam aplikasi itu. - Awani

Iklan
Iklan