Kerjasama berpasukan bantu kemenangan Bayern

Iklan
Lewandowski menjaringkan gol kedua Bayern pada perlawanan berkenaan. - Foto gettyimages

KEMENANGAN 2-1 Bayern Munich ke atas SC Freiburg dalam saingan Bundesliga di Allianz Arena pada Sabtu disifatkan sebagai hasil kerjasama berpasukan yang jitu dalam kalangan pemain.

Perkara itu ditegaskan pemain tengah Bayern, Leon Goretzka yang mengakui berpuas hati dengan kemenangan berkenaan yang turut meleburkan rekod tanpa kalah pelawat dalam 10 perlawanan setakat ini.

Iklan
Iklan

"Biarpun beraksi di gelanggang sendiri, tetapi kami tidak lupa bahawa kami berdepan dengan sebuah pasukan yang bagus hari ini (Sabtu).

"Kami berjaya menjaringkan gol kedua yang juga merupakan gol paling penting kerana setelah mendahului 1-0, kita masih belum selamat kerana bila-bila masa lawan boleh menyamakan kedudukan.

Iklan

"Namun, apa yang penting adalah kami berjaya mencatatkan kemenangan pada perlawanan ini dan meraih mata yang penting untuk berada di puncak,” katanya.

Pada perlawanan bekrenaan, Goretzka membuka jaringan pada minit ke-30 sebelum bintang Poland, Robert Lewandowski menjaringkan gol kedua pada minit ke-75.

Iklan

Biarpun pemain tengah SC Freiburg, Janik Haberer berjaya merapatkan jurang buat pelawat pada masa kecederaan, namun ia sudah terlalu lewat untuk menyekat kemenangan Bayern yang sekali gus turut mengukuhkan kedudukan selaku pendahulu Bundesliga setakat ini.

Kemenangan itu menyaksikan Bayern terus mendominasi carta Bundesliga dengan 28 mata manakala SC Freiburg berada pada kedudukan ketiga dengan 22 mata setelah masing-masing mengharungi 11 perlawanan setakat ini.

Sementara itu Goretzka kemenangan itu diharap berjaya memastikan Bayern berada pada kedudukan terbaik Bundesliga sebelum rehat antarabangsa tidak lama lagi.

Kataya, setelah mengalami kekalahan pertama (1-2 kepada Eintracht Frankfurt pada 3 Oktober), sebelum rehat antarabangsa sebelum ini, kesemua pemain berazam untuk memastikan pasukan berkenaan tidak lagi mengalami kekalahan menjelang rehat antarabangsa akan datang.

"Misi kami hari ini (Sabtu) adalah untuk memenangi aksi terakhir sebelum rehat antarabangsa, kerana sebelum rehat antarabangsa terdahulu, kami tewas. Justeru, sudah pasti kemenangan ini sangat bermakna buat kami,” katanya.