Dyche puji persembahan cemerlang Pope

Iklan
Nick Pope - Foto AFP

PENGENDALI Burnley, Sean Dyche bangga dengan aksi melawan dipamerkan skuad kendaliannya bagi mengikat pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL), Chelsea 1-1 di Stamford Bridge pada Sabtu.

Malah menurut Dyche, dia turut berbangga dengan aksi cemerlang penjaga gol The Clarets, Nick Pope pada perlawanan berkenaan hingga menggagalkan banyak percubaan daripada jentera serangan The Blues.

Iklan
Iklan

"Kesemua pemain telah bekerja keras sepanjang perlawanan. Seperti biasa kita tahu Chelsea adalah pasukan yang hebat.

"Namun, pemain-pemain kami berjaya mengekang asakan-asakan yang dihasilkan dan pujian harus diberikan kepada penjaga gol Nick Pope yang telah beraksi cemerlang bagi menyelamatkan beberapa percubaan ke pintu gol.

Iklan

"Dalam masa sama, kita turut berikan kredit kepada Chelsea, tetapi dengan status yang dimiliki mereka (Chelsea), kita juga berbangga dengan prestasi yang dipamerkan pemain kita pada perlawanan berkenaan,” katanya.

Sean Dyche - Foto The Mirror

Pada perlawanan berkenaan, Chelsea membuka jaringan menerusi Kai Havertz pada minit ke-33, namun pemain gantian Burnley, Matej Vydra menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-79 bagi memastikan kedua-dua pasukan berpuas hati meraih satu mata.

Iklan

Keputusan itu bagaimanapun tidak menjejaskan kedudukan Chelsea selaku pendahulu liga.

Sementara itu Dyche menegaskan bahawa satu mata yang diperoleh daripada perlawanan berkenaan nyata sungguh bermakna buat The Clarets bagi mengukuhkan kedudukan dalam carta EPL.

"Bagi saya, kejayaan meraih mata ketika berdepan dengan pasukan seperti Chelsea adalah sesuatu yang penting.

"Oleh itu, saya berharap ia mampu membuatkan pasukan kami bersemangat untuk mengharungi perlawanan-perlawanan akan datang,” katanya.