Persiapan Pusat Penamaan Calon

Iklan
Para petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melakukan simulasi sebagai persediaan menjelang hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka esok di Dewan Besar Kolej Komuniti Selandar ketika tinjauan hari ini.
PRN Melaka kali ini dijangka akan dilaksanakan dengan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat sebagai usaha bagi mengurangkan risiko jangkitan Covid-19.