Rangka inisiatif khas M40 miliki rumah siap Mei

Iklan
Zuraida Kamaruddin

CYBERJAYA - Rangka inisiatif khas yang diperkenalkan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi memudahkan golongan M40 memiliki rumah, dijangka siap Mei ini.

Menterinya, Zuraida Kamaruddin berkata pihaknya kini dalam proses meneliti bagaimana hendak membantu golongan itu dengan menyediakan rumah mampu milik berdasarkan pendapatan.

Iklan
Iklan

Katanya, proses merangka inisiatif berkenaan dilaksanakan dengan kerjasama daripada beberapa agensi yang berkaitan.

"M40 adalah ‘extension’ (sambungan) daripada program B40, cuma M40 ini terbahagi kepada dua kategori iaitu kategori atasan dan bawahan.

Iklan

"Kategori berpendapatan isi rumah atasan iaitu RM5,000 hingga RM10,000, dan kategori bawahan RM3,000 hingga RM5,000,” katanya kepada pemberita pada majlis penutup kempen global #KitaSemuaMaryam di sini hari ini.

Pada 7 Mac lepas, Zuraida melaporkan KPKT bakal memperkenalkan inisiatif atau skim khas bagi memudahkan golongan pertengahan atau sederhana (M40) memiliki kediaman sendiri.

Iklan

Beliau dipetik berkata, kerajaan bukan sahaja prihatin terhadap golongan berpendapatan rendah (B40), tetapi juga M40 yang dilihat turut berdepan dengan cabaran kos sara hidup yang semakin meningkat.

Kempen itu yang bermula 28 Februari sehingga semalam, anjuran Gabungan Wanita Malaysia untuk Al-Quds dan Palestin (MWCQP) bagi menyediakan biasiswa pendidikan kepada sekurang-kurangnya lima rakyat Palestin dalam kalangan negara. - Bernama