Keda bina Kompleks Pendidikan Al-Hidayah

Iklan
Mahdzir (hadapan) ketika mengadakan lawatan ke kompleks Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah pada Ahad.

SUNGAI PETANI - Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (Keda) membina Kompleks Pendidikan Al-Hidayah di Desa Keda Che Bema.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, kompleks yang ditubuhkan pada tahun 2016 itu bertujuan mengimbangi pembangunan fizikal dan modal insan kerohanian di Desa Keda dan kawasan sekitarnya.

Iklan
Iklan

Menurutnya, ia bertepatan dengan hasrat Keda untuk mewujudkan sebuah hub pembangunan modal insan dan kerohanian di kawasan luar bandar di negeri itu.

"Pembangunan modal insan dan kerohanian ini penting untuk kita hadapi cabaran pada masa akan datang, selain dapat melahirkan masyarakat yang memiliki keperibadian berkualiti,” katanya selepas mengadakan lawatan dan taklimat projek di Desa Keda Che Bema pada Ahad.

Iklan

Mahdzir berkata, Keda akan meneruskan pembangunan fasa dua Kompleks Pendidikan Al-Hidayah dengan tambahan pembinaan dewan serbaguna, bilik kuliah dan 30 unit penginapan kepada pelajar.

"Buat masa kini, Keda sedang menjalinkan kerjasama dengan Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah bagi memperkemaskan pengurusan pusat pengajian kerohanian itu.

Iklan

"Saya harap lebih ramai penduduk luar bandar akan mengikuti pengajian di sini tidak kira peringkat umur kerana pembangunan modal insan adalah tunjang penting dalam mencapai aspirasi Keluarga Malaysia," katanya.

Pusat tersebut menempatkan seramai 80 pelajar perempuan yang sedang mengikuti pengajian tahfiz.