Pusat penamaan calon dikawal ketat

Iklan
Anggota polis turut mengawal di bahagian pintu masuk ke Dewan Tun Ali, Bukit Katil bagi proses penamaan calon bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Katil yang bermula jam 9 pagi tadi.

MELAKA - Pihak berkuasa mengawal ketat laluan masuk di Dewan Tun Ali, Bukit Katil untuk proses penamaan calon bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Katil yang bermula jam 9 pagi.

Sepasukan anggota polis juga dilihat bersiap sedia di pekarangan lokasi Pusat Penamaan Calon DUN Bukit Katil.

Iklan
Iklan

Pada petugas media juga sudah berkumpul sejak jam 7.30 pagi bagi membawakan perkembangan terkini di sini.

Tiga bakal calon iaitu Adly Zahari (Pakatan Harapan), Datuk Hasnoor Sdg Husin (BN) dan Mohammad Al Hafiz Yahya (Perikatan Nasional) dijangka hadir untuk proses pencalonan hari ini.

Iklan
Iklan

Ikuti perkembangan semasa #PRNMelaka dan kenali calon anda menerusi pru.sinarharian.com.my