Terima ADUN lompat parti, PH perlu tarik diri

Iklan
Nor Azman (kiri) dan Idris

SHAH ALAM - Kelab Mahasiswa MCA menggesa agar Pakatan Harapan (PH) menarik diri daripada bertanding di semua kerusi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka susulan menerima bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Datuk Seri Idris Haron dan Datuk Nor Azman Hassan bertanding mewakili parti itu.

Presidennya, Melvin Saw Shang Kean berkata, dua ADUN tersebut telah menjadi antara punca kerajaan Melaka dibubarkan demi kepentingan diri sendiri untuk mendapatkan kuasa.

Iklan
Iklan

Menurutnya, PH perlu memohon maaf secara terbuka kepada rakyat negeri Melaka atas tindakan mengambil kedua-dua ADUN yang dianggap ‘katak’ itu.

"Pendirian Kelab Mahasiswa MCA ialah kami tidak akan bersetuju dan tidak akan berkrompromi terhadap sebarang isu lompat parti berlaku di medan politik negara kita.

Iklan

"Pakatan Harapan merupakan antara parti yang kuat mengkritik kumpulan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tetapi PH juga parti yang menerima 'katak' ke dalam parti mereka dan bertanding," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Mengulas lanjut, beliau berkata, Kelab Mahasiswa MCA turut mempersoalkan pendirian Pakatan Harapan dan mengapa masih menerima kedua-duanya menjadi calon di bawah Pakatan Harapan.

Iklan

"Jikalau masih bermaruah, tarik diri dari bertanding semua kerusi PRN Melaka sekarang dan mohon maaf secara terbuka di hadapan rakyat Melaka. Jangan menipu rakyat lagi, rakyat akan menilai,” katanya.

PRN Melaka diadakan ekoran pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 4 Oktober lepas susulan empat ADUN menarik sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

Ia melibatkan Datuk Seri Idris Haron (BN-Sungai Udang), Datuk Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor), Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu) dan Datuk Noor Effandi Ahmad (Bersatu-Telok Mas).

Ikuti perkembangan semasa #PRNMelaka dan kenali calon anda menerusi pru.sinarharian.com.my