DUN Bukit Katil: Calon Pas cemas tak bawa pen berdakwat hitam

Iklan
Ketua Pemuda Pas Melaka, Mohammad Al Hafiz Yahya (kanan) tiba di Dewan Tun Ali, Bukit Katil pada jam 8.49 pagi.

MELAKA - Calon Pas bagi Undangan Negeri (DUN) Bukit Katil, Mohammad Al Hafiz Yahya berdepan detik cemas seketika semasa pendaftaran kehadiran di pintu masuk Pusat Penamaan Calon (PPC) DUN tersebut kerana tidak membawa pen berdakwat hitam untuk proses pendaftaran calon di Dewan Tun Ali, Bukit Katil.

Beliau yang diiringi oleh Mohammad Shahril Abd Aziz sebagai penyokong dan Ghaffar Baba Ahmad sebagai pencadang dilihat buntu beberapa saat kerana tidak ada dalam kalangan mereka yang membawa pen berdakwat hitam.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun salah seorang petugas media menyelamatkan keadaan dengan memberi pen berdakwat hitam untuk digunakan mereka.

Difahamkan, penggunaan pen berdakwat hitam adalah syarat bagi proses pendaftaran calon.

Iklan

Sebelum itu, aplikasi MySejahtera Ghaffar yang berstatus Kontak Kasual Tidak Bergejala turut menimbulkan keresahan bagaimanapun, petugas Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) mengesahkan bahawa status berkenaan dibenarkan masuk untuk proses penamaan calon.

Ketiga-tiga mereka tiba pada jam 8.49 pagi dengan lengkap berbaju Melayu.

Iklan

Ikuti perkembangan semasa #PRNMelaka dan kenali calon anda menerusi pru.sinarharian.com.my