Polis buka kertas siasatan penyokong iringi calon DUN Teluk Mas

Iklan
Raiz Mukhliz ketika ditemui pemberita di pusat penamaan calon DUN Telok Mas pada Isnin.

MELAKA TENGAH - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan membuka satu kertas siasatan di Kompleks Komuniti Desa (KKD) yang merupakan pusat penamaan calon bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas.

Timbalan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Superintendan Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, pihaknya mendapati terdapat sekumpulan individu berarak mengiringi calon Pakatan Harapan (PH), Datuk Ashraf Mukhlis Minghat.

Iklan
Iklan

"Kita dapati terdapat kehadiran lebih kurang 25 penyokong dari PH mengiringi calon di kawasan DUN Telok Mas ini dan kertas siasatan akan dibuka.

"Bagaimanapun, Pasukan Cantas Khas bertindak pantas dengan memberi amaran supaya bersurai dan mengikut arahan kami sejurus lebih kurang tiga minit mereka berada di luar pekarangan pusat penamaan calon di sini,” katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di pusat penamaan calon di DUN Telok Mas, di sini pada Isnin.

Sebelum ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengeluarkan amaran kepada semua parti agar sebarang aktiviti berkumpul dan perarakan penyokong calon bertanding tidak dibenarkan di mana-mana tempat sepanjang tempoh penamaan calon.

Iklan

Hanya calon, pencadang dan penyokong calon dibenarkan masuk ke pusat penamaan calon sekali gus menyaksikan kelainan berbanding pilihan raya sebelum ini.

Sehubungan itu, Raiz Mukhliz berkata, pihak polis akan mengenal pasti individu-individu terlibat sebelum siasatan diteruskan mengiku Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Ikuti perkembangan semasa #PRNMelaka dan kenali calon anda menerusi pru.sinarharian.com.my