Azhar tegur ahli Dewan Rakyat, menteri buat ‘mukadimah’ panjang

Iklan
Dewan Rakyat - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun menegur ahli Parlimen atau menteri supaya tidak membuat ‘mukadimah’ panjang ketika bertanyakan soalan atau memberi jawapan di Dewan Rakyat.

Ini kerana katanya, beliau tidak mahu disebabkan soalan atau jawapan yang terlalu panjang akan menyekat peluang ahli Dewan Rakyat lain untuk mengajukan soalan yang lebih penting.

Iklan
Iklan

"Sebenarnya Yang Berhormat dalam percakapan yang panjang itu soalannya hanya 15 saat sahaja, saya hendak pohon supaya kita pendekkan mukadimah soalan dan jawapan itu.

"Kerana kita hendak 'cover' supaya lebih banyak soalan dijawab,” katanya di Dewan Rakyat pada Isnin.

Iklan
Iklan

Sebelum itu, Ahmad Hassan (Warisan-Papar) mengajukan soalan tambahan kepada Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim.