Bunuh ah long: Reman enam individu disambung enam hari

Iklan

KLANG - Tempoh reman enam individu disambung lagi enam hari bagi membantu siasatan berkaitan kes seorang individu dipercayai ah long yang maut ditetak di Bandar Bukit Tinggi di sini pada Sabtu.

Perintah sambung reman bermula 8 November sehingga 13 November terhadap kesemua suspek dikeluarkan oleh Pendaftar Mahkamah Majistret Klang, Sarina Sulaiman.

Iklan
Iklan

Kesemua suspek berumur antara 27 hingga 54 tahun itu ditahan di sekitar Klang dan Banting pada Sabtu dan Ahad.

Pada Sabtu, Sinar Harian melaporkan seorang lelaki dipercayai ah long maut ditetak di hadapan sebuah restoran di Bandar Baru Bukit Tinggi Klang.

Iklan

Dalam kejadian pada jam 12.20 tengah hari, mangsa yang berusia 47 tahun itu sempat melarikan diri di celahan kenderaan sebelum rebah dan maut di hadapan sebuah restoran lain.

Sebelum kejadian, mangsa bersama dua anak lelakinya masing-masing berusia 10 dan 18 tahun telah pergi ke sebuah restoran untuk menikmati makanan kira-kira jam 11.50 pagi.

Iklan

Sebaik selesai makan, setengah jam kemudian tiga beranak itu berjalan kaki menuju ke sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Vellfire miliknya yang diletakkan kira-kira 30 meter dari restoran itu.

ARTIKEL BERKAITAN:Lelaki dipercayai ah long maut ditetak