Sudan bebaskan semua tahanan wanita

Iklan
Presiden Sudan, Omar al-Bashir

KHARTOUM - SUDAN. Presiden Sudan Omar al-Bashir semalam mengarahkan semua tahanan wanita yang ditangkap berikutan protes yang berlaku di negara itu dibebaskan.

Bercakap pada satu himpunan politik di ibu negara Khartoum, Bashir mengumumkan bahawa beliau mengarahkan ketua agensi perisikan Sudan membebaskan semua tahanan politik wanita.

Iklan
Iklan

"Kami mengarahkan ketua agensi perisikan, Salah Gosh, supaya membebaskan semua tahanan wanita dengan segera,” katanya. - Agensi