PELUMBA Red Bull, Max Verstappen memenangi Grand Prix Mexico selepas menewaskan juara bertahan, Lewis Hamilton sekaligus berada 19 mata di hadapan pelumba Great Britain dalam kejuaraan Formula Satu.
Pada perlumbaan tersebut, Verstappen, yang mendahului perlumbaan dari selekoh pertama, melintasi garis penamat 16.555 saat lebih awal daripada juara dunia tujuh kali Hamilton yang mewakili Mercedes di tempat kedua.
Iklan
Iklan
Bagi kedudukan ketiga dimenangi satu lagi pelumba Red Bull, Sergio Perez yang menyaksikan dia menjadi rakyat Mexico pertama berada di podium Formula Satu.
"Perjalanan masih jauh. Memang ia kelihatan selesa tetapi ia mampu berubah sekelip mata," kata Verstappen.
Dalam pada itu Hamilton mengakui jentera Red Bulls pada perlumbaan itu lebih berkuasa dan mengakui jentera dipandunya tidak mampu untuk berbuat apa-apa untuk mengatasinya.
"Kereta mereka jauh lebih berkuasa hujung minggu ini dan tidak ada apa yang dapat kami lakukan," katanya.
Persaingan antara Verstappen dan Hamilton akan diteruskan di Sao Paulo, Brazil minggu depan sebelum kejuaraan beralih ke Timur Tengah untuk tiga perlumbaan terakhir