Mas Ermieyati tawar khidmat terbaik

Iklan
Mas Ermieyati ketika ditemui pada sidang akhbar di Bilik Gerakan PN DUN Tanjung Bidara pada Isnin.

ALOR GAJAH - [DIKEMASKINI] Calon Perikatan Nasional (PN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara, Datuk Mas Ermieyati Samsudin akan menggunakan pendekatan komitmen diberikannya selama ini berbanding manifesto sepanjang tempoh berkempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka berlangsung.

Mas Ermieyati yang lebih mesra dipanggil ' YB Emy' berkata, pengalaman beliau selama dua penggal sebagai ahli Parlimen kawasan berkenaan akan digunakannya bagi memikat hati pengundi di situ.

Iklan
Iklan

Menurutnya, semua calon mempunyai peluang untuk menang, namun sudah tentu dalam tempoh berkempen ini, kelebihan akan diberikan kepada calon yang pernah menyertai pentas pilihan raya memandangkan perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang agak ketat.

"Saya pulangkan semula kepada rakyat, biarlah pengundi yang menentukan.

Iklan

"Apa yang saya boleh uar-uarkan komitmen dan prestasi saya sepanjang dua penggal sebagai ahli Parlimen kawasan ini," katanya ketika sidang akhbar di Bilik Gerakan PN DUN Tanjung Bidara pada Isnin.

Mengulas lanjut, beliau yang juga Ahli Parlimen Masjid Tanah berkata, DUN tersebut mempunyai kira-kira 10,130 pengundi dan akan memanfaatkan segala medium media massa dan media sosial yang ada termasuk Facebook (FB) untuk berkempen secara maya bagi meraih undi.

Iklan

Malah menurutnya, dalam keadaan hari ini, golongan berusia juga menggunakan aplikasi seperti FB, Instagram serta TikTok dalam kehidupan seharian mereka.

"Jadi kita tidak boleh menidakkan orang Tanjung Bidara dalam penggunaaan aplikasi tersebut.

"Saya yakin dan percaya, apabila ada pendedahan seumpama ini terutama sekali dalam kempen PRN negeri, sekurang-kuramgnya golongan sedikit berusia juga akan melihat aplikasi-aplikasi media sosial lain (sepanjang tempoh kempen)," katanya.

Ikuti perkembangan semasa #PRNMelaka dan kenali calon anda menerusi pru.sinarharian.com.my