Hasnoor hanya anggap Adly sebagai pesaing

Iklan
Hasnoor

MELAKA - Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Katil, Datuk Hasnoor Sdg Husin menyifatkan persaingan bagi kerusi tersebut adalah antara BN dan Pakatan Harapan (PH) sahaja meskipun menyaksikan pertembungan empat penjuru.

Beliau berkata, dalam persaingan untuk mendapatkan undi Melayu, Pas sukar untuk mendapat undi lebih.

Iklan
Iklan

"Pas bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan kita tahu parti ini juga mengharapkan undi Melayu.

"Jadi saya tidak fikir mereka boleh dapat undi lebih sebab itu saya fokus persaingan dengan PH," katanya ditemui selepas penamaan calon DUN Bukit Katil di Dewan Tun Ali, Bukit Katil di sini pada Isnin.

Iklan

Ditanya mengenai persaingan dengan penyandang kerusi DUN tersebut yang juga bekas Ketua Menteri Melaka, Hasnoor menyifatkan BN dan PH mempunyai peluang yang sama.

"Beliau (Ketua Menteri Melaka) sudah jadi mantan selama 19 bulan. Jadi dalam persaingan ini masing-masing mempunyai peluang," katanya.

Iklan

DUN Bukit Katil menyaksikan pertembungan empat penjuru antara Hasnoor, Adly Zahari (PH), Mohammad Al Hafiz Yahya (PN) dan Abdul Hamid Mustapah (Bebas).

Dalam pada itu, Hasnoor yang merupakan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Hang Tuah Jaya berkata, pihaknya telah bersedia dengan cabaran kempen normal baharu dan yakin rakyat akan peka dengan perkembangan di media sosial.

"Saya yakin dunia semakin maju, maklumat boleh dapat di hujung jari.

"Jadi saya fikir rakyat tahu siapa sebenarnya calon mereka," katanya.

Ikuti perkembangan semasa #PRNMelaka dan kenali calon anda menerusi pru.sinarharian.com.my