Guardian tampilkan 60 jenama terkemuka

Iklan
Guardian menawarkan diskaun harga sehingga 50 peratus melibatkan bebarapa barangan kecantikan terpilih.

GUARDIAN Malaysia (Guardian) menganjurkan ekstravaganza 'Beauty Around The World' (BATW), menampilkan trend terkini dari 60 jenama terkemuka dari seluruh negara termasuk Malaysia, Jepun, Korea, Indonesia, Amerika Syarikat, Jerman, Perancis dan Taiwan.

Ketua Pemasaran Guardian Malaysia dan Brunei, Angela Teo berkata, lebih 7,000 produk akan ditawarkan dalam kempen itu menunjukkan komitmen Guardian dalam membawakan jenama kecantikan terkini kepada pelanggannya sekali gus trend kecantikan terbaru dari segi ramuan dan teknologi pada nilai terbaik kepada pelanggan.

Iklan
Iklan

"Kempen selama sebulan pada tahun ini akan berlangsung dari sekarang sehingga 23 November akan memberi tumpuan kepada tema Timur Bertemu Barat, Serlahkan Kecantikan dan Kedamaian, Minda, Badan & Jiwa dan Segala Keperluan Kecergasan Anda.

"Guardian menghargai kepercayaan pelanggan dalam memastikan kami membawa jenama-jenama global terbaik kepada mereka pada nilai yang hebat. Kami mengkaji dan menyelidik trend kepenggunaan dan kecantikan yang sedang berkembang di seluruh dunia untuk membawa masuk jenama-jenama yang paling memberi impak,” katanya dalam satu kenyataan.

Iklan

Teo berkata, Guardian Live Market akan diadakan pada 10 November bermula jam 8 malam menawarkan banyak hadiah menarik bernilai lebih RM5,800 untuk dimenangi termasuk tiga hadiah utama iaitu ‘Ogawa Snazzy Touch Rechargeable Hand Held Massager’ bernilai RM440 setiap satu.

Guardian turut membawakan rangkaian produk kecantikan yang menjadi pilihan utama di Korea.

"Pada 13 November pula kami akan mengadakan ‘Pesta Beauty Around The World’ yang akan disiarkan secara langsung di Facebook Guardian bermula jam 2 petang. Pelanggan kami boleh menyertai sekumpulan pakar kecantikan dalam industri untuk mengetahui trend-trend terkini, tutorial kecantikan dan mendapatkan petua dan tip kecantikan dengan segmen yang melibatkan tutorial solekan, rejim penjagaan kulit dan penjagaan rambut DIY,” katanya.

Iklan

Beliau berkata, Guardian menawarkan diskaun sehingga 50 peratus sepanjang tempoh ini untuk pilihan jenama kecantikan terkemuka, termasuk produk kecantikan semula jadi terbaik dan jenama-jenama termasuk beberapa jenama tempatan dan banyak lagi promosi lain.

"Kami percaya pelanggan kami tidak akan melepaskan peluang keemasan ini untuk membeli, malah menyimpan stok produk kecantikan terkini dan barangan keperluan harian. Ini adalah peluang yang tidak patut dilepaskan.

"Guardian sentiasa memberikan kualiti terbaik pada harga terbaik untuk nilai terhebat,”katanya.

Untuk maklumat lanjut tentang produk kegemaran anda pada potongan harga menakjubkan sepanjang Jualan Beauty Around The World ini, sila layari www.guardian.com.my dan #guardianmy.