Isu LGBT bukan berpunca pengaruh Barat semata-mata

Iklan
Ti Lian Ker

KUALA LUMPUR - Isu lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), masalah sosial dan keganasan yang dilihat semakin membimbangkan dalam kalangan masyarakat khususnya membabitkan golongan muda di negara ini bukan berpunca daripada pengaruh Barat semata-mata.

Sebaliknya, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Senator Datuk Seri Ti Lian Ker berkata, ia turut dipengaruhi faktor-faktor lain termasuk psikologi individu itu sendiri.

Iklan
Iklan

"Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyambut baik usaha kerajaan untuk menangani isu LGBT dan isu-isu keganasan yang semakin membimbangkan.

"Menyentuh mengenai nilai-nilai barat, saya rasa budaya ini wujud di mana-mana kerana ia adalah nilai kemanusiaan atau kemasyarakatan.

Iklan

"Perlulah kita memahami dan mengkaji, apakah punca masalah di sebaliknya dan bukannya menyalahkan kepada pengaruh Barat. Saya rasa kita perlu meneliti psikologi, fizikal dan sebagainya,” katanya dalam sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan di Dewan Rakyat pada Isnin.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz (Pas-Bachok) yang mahu tahu apakah langkah intervensi yang dilakukan KBS bagi menangani isu LGBT dan isu-isu keganasan lain membabitkan golongan belia di Malaysia susulan pengaruh Barat yang semakin menular ketika ini.

Iklan

Mengulas mengenai usaha untuk membentuk akhlak generasi muda, Lian Ker berkata, pelbagai program telah dan sedang dirangka KBS untuk melahirkan generasi berakhlak dan berdaya saing.