Saya juga calon 'underdog’: Sulaiman

Iklan
Sulaiman ketika ditemui pemberita di Dewan Kompleks Japerun Lendu, Melaka pada Isnin.

MELAKA - Bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali menyifatkan dirinya sebagai calon 'underdog' bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan bukan 'heavyweight'.

Beliau yang merupakan calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu bagaimanapun berkata, status mana-mana calon sama ada 'underdog' atau 'heavyweight' bukan jaminan untuk memenangi kerusi di sesebuah kawasan.

Iklan
Iklan

"Saya pun fikirkan saya 'underdog'. Saya tidak pernah menganggap saya 'heavyweight'.

"Tetapi 'underdog' ataupun 'heavyweight', di luar sana rakyat bijak untuk menilai dan memilih siapa yang layak untuk memimpin DUN Lendu ini atau di kawasan-kawasan lain,” katanya kepada pemberita di sini pada Isnin.

Iklan

Sulaiman akan berdepan pertandingan tiga penjuru pada PRN Melaka kali ini untuk mempertahankan kerusi DUN Lendu.

Dua pencabarnya ialah Mohamad Asri Ibrahim (Pakatan Harapan) dan Abdullah Mahadi (Perikatan Nasional).

Iklan

Perkara itu disahkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Lendu, Haidir Haron yang mengumumkan senarai calon bertanding di kerusi N4 Lendu di pusat penamaan calon di Dewan Kompleks Japerun Lendu di sini kira-kira jam 10.35 pagi Isnin.

Ikuti perkembangan semasa #PRNMelaka dan kenali calon anda menerusi pru.sinarharian.com.my