Kerajaan perlu bukti kesungguhan menentang budaya rasuah

Iklan
Datuk Mahfuz Omar

KUALA LUMPUR - Kerajaan perlu membuktikan kesungguhan untuk menentang budaya rasuah, seperti mana yang digerakkan badan bukan kerajaan (NGO) di Malaysia termasuklah Rasuah Busters.

Datuk Mahfuz Omar (PH-Pokok Sena) berkata, ini kerana budaya itu dilihat telah sebati dalam kerajaan sejak sekian lama, namun sehingga kini tiada usaha untuk ‘membersihkan kembali’.

Iklan
Iklan

Jelasnya, lebih mengecewakan apabila agenda untuk memerangi rasuah juga tidak disentuh secara khusus dan bersungguh-sungguh oleh kerajaan ketika membentangkan Bajet 2022 pada 29 Oktober lalu.

Bagaimanapun katanya, adalah menjadi sesuatu yang sukar untuk kerajaan menyatakan kesungguhan untuk memerangi budaya yang sudah membarah dalam kalangan masyarakat ketika ini kerana kerajaan yang terbentuk ketika ini atas 'scheme of things' iaitu sebahagian daripada benda yang bersifat dengan agenda rasuah.

Iklan

"Jadi tanpa 'scheme of things' ini saya percaya kerajaan ini tidak akan terbentuk dan terbina sepertimana yang ada di hadapan kita.

"Jadi saya minta penjelasan (kerajaan) kenapa kita tidak melihat komitmen dan kesungguhan kerajaan dalam bajet ini untuk menentang budaya rasuah yang sudah sebati dalam kerajaan yang ada pada hari ini.

Iklan

"Kita tidak mahu hanya semata-mata sekumpulan NGO seperti Rasuah Busters digerakkan oleh pihak NGO yang mana hanya sekadar mereka yang ingin meneruskan agenda memerangi rasuah (tetapi) tanpa komitmen yang tegas, bersungguh-sungguh daripada kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan (Bajet) 2022 di Dewan Rakyat pada Isnin.