PRN Melaka: Proses penamaan calon berjalan lancar

Iklan
Proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada Isnin berjalan lancar. - Foto Bernama

ALOR GAJAH - Proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) hari ini berjalan lancar, kata Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Melaka, Asisten Komisioner Mohd Hedzir Hussin.

Beliau berkata, bagaimanapun terdapat dua insiden kecil namun berjaya ditangani pihak polis dan akan disiasat untuk tindakan lanjut.

Iklan
Iklan

Menurutnya, polis mendapati kesemua petugas serta calon yang hadir di pusat penamaan calon mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

"Alhamdulillah pada pagi ini, telah pun selesai proses penamaan calon di 28 lokasi dan kita dapati ia berjalan dengan lancar dan mematuhi SOP yang dikeluarkan pihak MKN,” katanya kepada pemberita di sini pada Isnin.

Iklan

Sementara itu, Mohd Hedzir berkata, semua pihak terutama parti politik perlu mematuhi SOP berkaitan pencegahan Covid-19 dikeluarkan MKN sepanjang pelaksanaan PRN Melaka.

Sebelum itu, Timbalan Ketua Polis Melaka, Datuk Razali Abu Samah dilaporkan berkata, polis negeri itu menerima dua laporan berhubung tindakan calon membawa penyokong di dua pusat penamaan calon bagi PRN Melaka pada Isnin.

Iklan

Menurut Razali, laporan membabitkan kejadian di Dewan Kompleks Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (Japerun) Tanjung Bidara di sini serta Kompleks Komuniti Desa (KKD) Telok Mas di Melaka Tengah.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh mengundi bagi PRN Melaka pada 20 November dan undi awal pada 16 November berikutan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 4 Oktober lalu susulan empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) menarik sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali. - Bernama

Ikuti perkembangan semasa #PRNMelaka dan kenali calon anda menerusi pru.sinarharian.com.my