Malaysia tandatangani Deklarasi Pemimpin mengenai Hutan dan Guna Tanah

Iklan
Tuan Ibrahim Tuan Man

SHAH ALAM - Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) memaklumkan Jemaah Menteri bersetuju untuk Malaysia menandatangani Deklarasi Pemimpin mengenai Hutan dan Guna Tanah serta Ikrar Metana Global di Persidangan Ke-26 Konvensyen Rangka Kerja Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFCCC COP-26).

Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tindakan tersebut membuktikan komitmen negara dalam menyumbang kepada matlamat perubahan iklim negara.

Iklan
Iklan

"Alhamdulillah, Jemaah Menteri bersetuju untuk Malaysia menandatangani Deklarasi Pemimpin mengenai Hutan dan Guna Tanah serta Ikrar Metana Global bagi menunjukkan komitmen negara terhadap agenda perubahan iklim. Insya-ALLAH,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook pada Isnin.

Pada Jumaat, Sinar Harian melaporkan bahawa Tuan Ibrahim akan mengetuai delegasi Malaysia untuk menghadiri sesi rundingan Segmen Peringkat Tinggi di UNFCCC COP-26 yang sedang berlangsung di Glasgow, Scotland bermula 31 Oktober hingga 12 November ini di mana beliau akan menyampaikan kenyataan negara pada 9 hingga 10 November.

Iklan
Iklan

"Kedua-dua ikrar dan deklarasi ini telah dilancarkan di UNFCCC COP-26. Deklarasi Pemimpin mengenai Hutan dan Guna Tanah bertujuan memperkukuhkan komitmen negara-negara terhadap penggunaan tanah, pemuliharaan dan pengurusan hutan serta ekosistem yang lain secara mampan,” kata Tuan Ibrahim.