Laporan polis berhubung berita palsu libatkan Guan Eng

Iklan

KUALA LUMPUR - Satu laporan polis telah dibuat berhubung penyebaran mesej dan berita palsu di media sosial yang dikaitkan dengan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Menurut setiausaha akhbar Lim, Lutfi Hakim, mesej yang disebarkan melalui aplikasi seperti WhatsApp itu adalah palsu dan bertujuan memfitnah Guan Eng yang tidak pernah sama sekali mengeluarkan kenyataan-kenyataan seperti yang disebarkan.

Iklan
Iklan

Lutfi berkata perbuatan pihak tidak bertanggungjawab menggunakan rupa dan format akhbar tempatan untuk menyebar maklumat palsu dan berunsur fitnah amat dikesali.

"Mesej-mesej berkenaan telah disebarkan dengan niat jahat bertujuan membangkitkan sentimen perkauman, perasaan marah, tidak puas hati dan rasa kebencian terhadap menteri kewangan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Iklan

Laporan polis itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini pada Khamis lalu.

Lutfi berkata adalah penting untuk menyemak sebarang maklumat yang diterima melalui media sosial atau saluran lain dengan sumber maklumat dan akhbar rasmi dan profesional.

Iklan

Ini termasuk laman web dan saluran Facebook dan Twitter rasmi Kementerian Kewangan, katanya.

Menurut kenyataan itu, penyebaran maklumat palsu merupakan kesalahan di bawah undang-undang seperti Kanun Keseksaan serta Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998.- Bernama