Video tular sambut perayaan, polis siasat dakwaan langgar SOP

Iklan

KUALA LUMPUR - Polis menjalankan siasatan berhubung satu video tular didakwa berlakunya pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) menerusi sambutan perayaan yang dimuat naik menerusi aplikasi tik tok dipercayai di Jalan Little India, Pekan Brickfields pada Rabu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields Superintendan Basri Sagoni berkata, pihaknya menjalankan siasatan berkaitan video tular berdurasi 36 saat itu memaparkan sekumpulan individu membakar mercun di tengah jalan.

Iklan
Iklan

"Video ini juga menunjukkan sekumpulan lelaki sedang bermain alat muzik (gendang) sambil menari dan kejadian dipercayai berlaku antara jam 11 sehingga 12.30 malam.

"Video yang dirakamkan atas nama seorang pemilik akaun Tiktok ini memaparkan suasana sambutan perayaan tanpa penjarakan sosial dan kelihatan beberapa orang awam didapati tidak memakai pelitup muka," katanya menerusi kenyataan pada Isnin.

Iklan

Katanya, video ini telah menimbulkan pelbagai persepsi awam ke atas kerajaan Malaysia.

"Orang ramai dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan video tular ini bimbang mendatangkan kegusaran awam.

Iklan

"Polis memandang serius sebarang pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) yang berlaku di negara ini dan siasatan akan dijalankan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988," katanya.

Kata beliau, saksi awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini diminta hadir ke Balai Polis berdekatan untuk memberi keterangan.

"Maklumat lain berkaitan jenayah boleh disalurkan kepada Hotline Polis Brickfields di talian 03-2297 9222, hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana Balai Polis yang berdekatan," katanya.