Operasi sekolah di lima negeri Fasa 4 bermula 21 dan 22 November

Iklan
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR - Pengoperasian institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di Perlis, Perak, Pulau Pinang, Sabah dan Kedah mengikut ketetapan pengoperasian Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN) akan bermula pada 21 dan 22 November.

Di Kedah, pengoperasian itu bermula pada 21 November manakala Perak, Perlis, Pulau Pinang dan Sabah pula pada 22 November.

Iklan
Iklan

KPM menerusi kenyataan pada Isnin memaklumkan, pengoperasian tersebut melibatkan kehadiran murid Tahun Satu hingga Tahun Enam di sekolah rendah serta kelas peralihan dan Tingkatan Satu hingga Tingkatan Empat di sekolah menengah.

"Institusi pendidikan bawah KPM ini turut merujuk kepada institusi pendidikan swasta berdaftar di bawah KPM bagi kategori sekolah dan kategori pusat.

Iklan

"KPM menyarankan agar ketetapan ini turut terpakai di semua institusi pendidikan tidak berdaftar dengan KPM, termasuk institusi pendidikan di bawah kerajaan negeri,” menurut kenyataan itu.

Pada 5 November lepas, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengumumkan lima negeri iaitu Perlis, Perak, Pulau Pinang, Sabah dan Kedah beralih daripada Fasa Tiga ke Fasa Empat PPN berkuat kuasa pada Isnin. - Bernama

Iklan