Kembara Ziarah Kasih 10.0 teruskan tradisi Masjid Al Wosto

Iklan
Peserta konvoi Kembara Ziarah Kasih 10.0 bergambar kenangan di hadapan Masjid Jamek Kuala Medang.

TEMERLOH - Masjid Al Wosto Kampung Tanjung Besar di sini meneruskan tradisi konvoi Kembara Ziarah Kasih dengan memilih masjid dan surau di Cameron Highlands sebagai destinasi terbaharu.

Ketua konvoi Kembara Ziarah Kasih 10.0, Mohd Sabri Harun memberitahu, sebanyak 70 peserta menggunakan motosikal dan kereta menyertai konvoi anjuran Rakan Masjid Al Wosto Kampung Tanjung Besar, Temerloh itu.

Iklan
Iklan

Menurutnya, konvoi yang bermula pada Sabtu dan berakhir pada Ahad menghala ke Masjid Jamek Kuala Medang untuk persinggahan pertama sebelum bergerak ke destinasi seterusnya ke Surau Kampung Orang Asli Layer di Cameron Highlands.

"Untuk setiap persinggahan dijalankan pelbagai aktiviti antaranya usrah dan ceramah.

Iklan

"Di Kampung Layer, sumbangan berupa beras dan makanan kepada penduduk terlibat.

"Selepas itu ke Masjid Tanah Rata, terdapat ceramah forum perdana dan kuliah subuh sebelum ke Masjid Mempaga untuk destinasi masjid terakhir," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Iklan
Nor Azmi (dua dari kanan) menyempurnakan pelepasan peserta konvoi Kembara Ziarah Kasih 10.0 anjuran Masjid Al Wosto Kampung Tanjung Besar, Temerloh pada Sabtu.

Ujarnya, jarak kali ini melebihi 200 kilometer dengan peserta berusia 13 hingga 75 tahun turut disertai Ketua Program yang juga Imam 1 masjid tersebut, Mohd Sharippudin Othman.

"Selepas ini, destinasi seterusnya ke Gua Musang, Kelantan. Sebelum ini konvoi anjuran masjid ini telah pergi ke beberapa destinasi lain antaranya Jerantut dan Rompin," katanya yang Exco Belia dan Sosial masjid tersebut.

Pelepasan konvoi pada Sabtu disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Semantan, Datuk Nor Azmi Mat Ludin.