Tanjung Dawai ibarat ‘bom jangka’ Covid-19

Iklan

BARU-BARU ini Merak Jalanan berpeluang ‘terbang’ ke utara tanah air selepas banyak bulan terkurung di ibu kota Kuala Lumpur.

Satu daripada lokasi popular bagi kebanyakan pelancong yang datang ke negeri Kedah ialah Tanjung Dawai.

Iklan
Iklan

Ia terkenal sebagai pusat jualan hasil laut seperti ikan bilis, ikan kering, sotong kering, keropok dan makanan ringan.

Sebaik sahaja ‘mendarat’, Merak Jalanan naik ke atas bangunan dua tingkat itu tetapi terkejut apabila mendapati terlalu ramai orang sehingga masing-masing berselisih bahu ketika berjalan.

Iklan

Memang tiada penjarakan sosial langsung. Semuanya bersesak-sesak di laluan yang sempit di bangunan berkenaan.

Merak Jalanan terus mengambil keputusan masuk ke salah sebuah kedai yang tidak dipenuhi pelanggan untuk membeli barang yang diperlukan dengan cepat dan terus beredar dari bangunan tersebut.

Iklan

Sepatutnya ada pihak yang menjaga prosedur operasi standard (SOP) di lokasi berkenaan, malangnya ia tidak berlaku.

Alat pengimbas suhu yang diletakkan di pintu masuk arked berkenaan sekadar cukup syarat sahaja.

Memanglah kes Covid-19 sudah berkurangan kerana ramai yang telah ambil vaksin tetapi tidak bermakna virus itu telah hilang sepenuhnya.

Ketika ini pun banyak negara lain mengambil langkah berjaga-jaga agar Covid-19 tidak melonjak semula.

Arked Tanjung Dawai adalah di bawah tanggungjawab Majlis Perbandaran Sungai Petani. Mereka perlu memastikan pengunjung mematuhi SOP yang ditetapkan.

Balai polis pun tidak jauh dari kawasan berkenaan dan sepatutnya pihak polis juga main peranan untuk memastikan orang ramai ikut peraturan.

Kalau beginilah gambarannya, maka perjalanan untuk menjadikan Covid-19 sebagai satu endemik akan mengambil masa yang panjang.