Colombia benarkan rakyat Venezuela guna pasport tamat tempoh

Iklan
Rakyat Venezuela berpindah ke Colombia bagi membina kehidupan baru.

BOGOTA - COLOMBIA. Kerajaan Colombia akan membenarkan rakyat Venezuela melintasi sempadan menggunakan pasport yang sudah tamat tempoh ekoran kesukaran memperbaharui dokumen perjalanan di negara asal, kata agensi migrasi semalam.

Langkah itu adalah sebahagian daripada perjanjian yang dipersetujui semasa mesyuarat 'The Lima Group' bagi memastikan pendatang terbabit menyeberangi sempadan dengan selamat, sekali gus mengelak menjadi mangsa sindiket penyeludupan manusia.

Iklan
Iklan

Lebih setengah juta rakyat Venezuela melarikan diri ke Colombia akibat kebuluran dan kekurangan ubat-ubatan serta krisis ekonomi yang meruncing di Caracas. - Reuters