18 terkorban runtuhan lombong emas di Niger

Iklan
Sekurang-kurangnya 18 terbunuh dalam kejadian runtuhan lombong emas di selatan Niger pada Ahad. - Foto Twitter/@jaymb000

NIAMEY - Sekurang-kurangnya 18 terbunuh dalam kejadian runtuhan lombong emas di selatan Niger pada Ahad, kata pihak berkuasa.

Kejadian berlaku di selatan wilayah Maradi, bersempadan dengan Nigeria.

Iklan
Iklan

Datuk Bandar Dan Issa, Adamou Guero berkata, angka kematian dijangka akan meningkat.

"Kami tiba ke tempat kejadian semalam dan orang ramai masih mencari mangsa yang terperangkap.

Iklan

"Kejadian seperti ini sering berlaku di lombong emas dan ia sukar untuk dikawal," katanya.

Operasi lombong haram lazim berlaku di Niger, menjadi sumber mata pencarian ribuan orang miskin di negara itu, mendedahkan mereka kepada risiko kecederaan serius atau kematian. - Awani

Iklan