Ketua Pemuda UMNO Tampin meninggal dunia

Iklan
Muhammad Hafez meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung di kediamannya di Krubong, Melaka kira-kira pukul 2.30 pagi Selasa. - Foto FB Dr Asyraf Wajdi Dusuki

SEREMBAN - Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tampin Muhammad Hafez Hezmi, 38, meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung di kediamannya di Krubong, Melaka kira-kira pukul 2.30 pagi Selasa.

Perkara itu disahkan Ketua Pemuda UMNO Negeri Sembilan Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir ketika dihubungi Bernama di sini pada Selasa.

Iklan
Iklan

"Saya dapat maklumat Muhammad Hafez telah pergi awal pagi tadi, satu berita yang mengejutkan kerana kali terakhir saya jumpa dia semalam sewaktu penamaan calon pada Pilihan Raya Negeri Melaka, arwah nampak sihat.

"Malam tadi pun saya dimaklumkan arwah sempat mengadakan perbincangan bersama jentera UMNO Bahagian Tampin, ia satu kehilangan besar kepada parti,” katanya.

Iklan

Mohd Zaidy berkata, Allahyarham merupakan seorang yang sangat berjasa dalam UMNO dan sentiasa aktif berkhidmat memberi bantuan kepada rakyat khususnya di Bahagian Tampin.

Muhammad Hafez sebelum ini pernah memegang beberapa jawatan dalam politik dan pertubuhan bukan kerajaan termasuk Pengerusi Belia 4B Pekan Gemas sejak 2004.

Iklan

Allayarham meninggalkan seorang isteri dan seorang anak perempuan.

Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Bukit Masjid, Gemas sebelum zuhur.

Dalam pada itu, Ketua Pemuda UMNO Datuk Asyraf Wajdi Dusuki menerusi catatan dalam Facebooknya turut melahirkan rasa dukacita atas pemergian Allahyarham. - Bernama