Kebun kelapa diserang gajah sekali lagi

Iklan
Pokok kelapa Tacunan yang ditanam di kebun milik Rosli musnah akibat serangan gajah pada Selasa.

TEMERLOH - Selang dua minggu kebun durian musang king dan kelapa milik seorang penduduk di Kampung Sungai Kepong dekat Lanchang di sini diserang gajah, kejadian sama berulang kembali pada Selasa.

Pada 25 Oktober lalu, serangan haiwan liar terbabit menyebabkan sebanyak 33 pokok kelapa Tacunan milik Rosli Basri, 42, musnah.

Iklan
Iklan

Rosli memberitahu, pada kali ini pula, sebanyak 20 pokok kelapa musnah dan kejadian itu disedari pekerja yang tiba pada jam 8.10 pagi sebelum segera menghubunginya.

"Pagar yang dipasang elektrik pun rosak selain terdapat najis gajah di kebun saya.

Iklan

"Saya rasa dalam tiga atau empat ekor gajah yang mencerobohi kebun dan mungkin dilakukan oleh haiwan sama," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Pagar elektrik yang dipasang turut rosak akibat serangan haiwan liar terbabit.

Mengakui sedih kerana sekali lagi kebunnya menjadi mangsa, Rosli berharap pihak berkaitan dapat membantu supaya kejadian sama tidak berulang.

Iklan

"Selain itu, saya juga gusar insiden tidak diingini berlaku jika dibiarkan," ujarnya lagi.

Sementara itu Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Pahang, Rozidan Md Yasin memberitahu, pihaknya akan membuat tangkapan terhadap haiwan terbabit dalam tempoh terdekat.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Pasang pagar elektrik pun tak jalan'