KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat menghadiri Majlis Munaqasyah Pengurusan Hal Ehwal Islam Negeri-Negeri Di Bawah Naungan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, di sini pada Selasa.
Keberangkatan tiba Al-Sultan Abdullah ke majlis itu pada 10 pagi disambut barisan kepimpinan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan jabatan serta agensi agama Islam serta para mufti negeri-negeri di bawah naungan Seri Paduka.