PELAKON dan pengacara, Dynas Mokhtar mengesahkan kini sedang hamil anak ketiga, dan yang pertama menerusi perkahwinan kedua bersama suami, Syazrik Din.
Menurut Dynas atau nama sebenarnya Wan Edrinaz Wan Mokhtar, 35, sebagaimana yang dilaporkan sebuah akhbar, kandungannya kini sudah masuk ke usia empat bulan dan bakal bersalin sekitar April depan.
Iklan
Iklan
Dynas yang bakal memulakan penggambaran drama bersiri original Iflix, KL Gangster Underworld 2 tidak lama lagi ini bagaimanapun mengakui mengalami alahan yang teruk pada kehamilan kali ini.
"Saya dapat tahu hamil selepas usia kandungan dua bulan. Pada peringkat awal kehamilan saya mengalami alahan teruk juga hingga tak boleh keluar rumah.
"Emosi juga tak menentu. Kasihan suami kerana sering kena marah. Namun, dia faham keadaan saya sekarang,” katanya.
Dynas dan Syazrik mendirikan rumah tangga pada 21 April lalu. Menerusi perkahwinan terdahulu, Dynas dikurniakan dua orang cahaya mata, Khyra Khalyssa, 8, dan Mohamed Haqaish, 6.
Iklan
[ARTIKEL BERKAITAN:Dynas Mokhtar perlukan sedikit masa lagi]