LONDON - United Kingdom (UK) pada Isnin mengumumkan vaksin Sinovac dan Sinopharm keluaran China serta vaksin Covaxin dihasilkan India bakal dimasukkan ke dalam senarai vaksin Covid-19 yang diluluskan negara itu.
"Mulai 4 pagi Isnin 22 November, vaksin Covid-19 yang tersenarai untuk penggunaan kecemasan WHO (Pertubuhan Kesihatan Sedunia) akan diiktiraf dan semua kanak-kanak bawah umur 18 tahun yang tiba di sempadan England akan dilayan sebagai penerima vaksin lengkap," lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan kerajaan.
Iklan
Iklan
Di UK, penumpang yang lengkap vaksinasi dan telah menerima sijil vaksin satu daripada lebih 135 negara dan wilayah yang diluluskan tidak perlu menjalani ujian saringan pra-berlepas, ujian pada hari kelapan atau kuarantin kendiri semasa ketibaan.
Sebaliknya, penumpang hanya perlu membayar untuk ujian saringan selewatnya sehari selepas ketibaan.
Setiausaha Kesihatan Britain, Sajid Javid berkata, pengumuman baharu itu adalah satu langkah merancakkan kembali industri pelancongan, perniagaan selain memberi peluang keluarga serta rakan-rakan bertemu dan melakukan perjalanan ke luar negara.
"Senarai merah dan sistem kuarantin kekal penting dalam melindungi sempadan kita dan seperti yang kami katakan, kami tidak teragak-agak untuk bertindak menambah negara ke senarai merah jika perlu," katanya. - Bernama
Artikel Berkaitan