Tiada masalah bekerjasama dengan pemimpin tempatan: Dira

Iklan
Dira (kanan) bersama mentornya, Ghazale pada sidang akhbar di Bilik Gerakan BN, DUN Rim di sini pada Selasa.

MELAKA - Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim, Datuk Khaidhirah Abu Zahar tidak berhadapan dengan sebarang kesukaran untuk bekerjasama dengan pemimpin tempatan.

Menurutnya, tidak timbul isu kurang mendapat kerjasama seperti yang diperkatakan, sebaliknya beliau menerima maklum balas dan sokongan yang sangat baik daripada kepimpinan di sini.

Iklan
Iklan

"Kerjasama saya dengan pemimpin tempatan di sini sangatlah baik dan saya juga menerima maklum balas yang baik.

"Saya rasa sangat bertuah kerana dicalonkan di DUN Rim di mana tempat asal usul keluarga mak saya. Jadi, insya-ALLAH tidak ada isu atau masalah dengan kerjasama yang telah diberikan kepada saya,” katanya ketika mengadakan sidang akhbar di Bilik Gerakan BN, DUN Rim di sini pada Selasa.

Iklan

Dira yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO turut yakin bahawa beliau dapat memenangi kerusi di DUN berkenaan, bahkan kerjasama dengan penyandang yang juga mentornya, Datuk Ghazale Muhamad akan lebih memberikan impak dalam proses berkempen nanti.

Dira turut mengakui Ghazale merupakan seorang yang sangat baik reputasi kerjanya dan memang diperakui sehingga di peringkat tertinggi.

Iklan

"Maka itu adalah cabaran saya untuk meneruskan kerja yang baik oleh beliau selama ini.

"Dua penggal beliau menjadi wakil rakyat di sini, tiada sekalipun sebarang rungutan diterima. Jadi, itu satu cabaran pertama kepada saya untuk tonjolkan diri dengan sebaik mungkin,” katanya.

Ikuti perkembangan semasa #PRNMelaka dan kenali calon anda menerusi pru.sinarharian.com.my