Formula BN beri khidmat terbaik kepada Melaka

Iklan
Ahmad Shabery Cheek

SHAH ALAM - Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek percaya bahawa formula 'Kestabilan Demi Kemakmuran' daripada Barisan Nasional (BN) dapat memberikan yang terbaik kepada negeri Melaka dan negara.

Ujar beliau, formula berkenaan telah membawa perubahan kepada negeri Melaka satu ketika dahulu dan menjadikan negeri tersebut maju dan membangun dengan pesat.

Iklan
Iklan

"Formula 8-11-9 yang dikemukakan oleh Pakatan Harapan (PH) tentang kerusi-kerusi yang bertanding, itu pun sudah menjadi resipi ketidakstabilan kepada negeri Melaka.

"Resipi ini digunakan pada Pilihan Raya Umum (PRU) yang lepas dan apabila kita melihat tidak ada satu parti yang 'dominan' untuk menguasai kerajaan negeri, itu merupakan punca kepada ketidakstabilan yang berlaku bukan sahaja kepada negeri Melaka tetapi juga negara keseluruhan," katanya dalam hantaran di Facebook rasmi UMNO Online pada Selasa.

Iklan

Mengulas lanjut, Ahmad Shabery berkata, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang dahulu merupakan sebuah parti kecil, juga pernah diberikan kuasa kepimpinan di peringkat tertinggi.

"Akhirnya, mereka tidak dapat mengawal seluruh jentera kerajaan dan berlaku perpecahan dan akhirnya negara mengalami ketidakstabilan yang berpanjangan.

Iklan

"Sebab itu saya percaya formula Barisan Nasional (BN) yang selama ini dianggap memberikan yang terbaik bukan sahaja kepada negara kita tetapi Melaka," ujarnya.

Ikuti perkembangan semasa #PRNMelaka dan kenali calon anda menerusi pru.sinarharian.com.my