KULAI - Polis menyelamatkan tiga remaja perempuan berusia antara 13 hingga 15 tahun dipercayai dieksploitasi sebagai hamba seks dalam serbuan di sebuah premis kecantikan di daerah ini, pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow berkata, menerusi serbuan Op Noda jam 2.40 petang itu, polis turut menahan seorang wanita warga asing dan seorang lelaki tempatan berusia 38 dan 29 tahun disyaki terlibat dalam aktiviti pensundalan dan pelacuran.