Tidak jaga SOP antara faktor kes Covid-19 meningkat di Kelantan

Iklan
Sinar Harian sebelum ini melaporkan Kelantan merekodkan penularan Covid-19 tertinggi dengan 820 kes dilaporkan pada Isnin. Gambar hiasan

KOTA BHARU – Jumlah penularan Covid-19 yang tinggi di Kelantan pada Isnin melibatkan beberapa faktor terutamanya penjagaan prosedur operasi standard (SOP) yang tidak optima.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK), Datuk Dr Zaini Hussin berkata, selain itu, pergerakan orang ramai turut menyumbang kepada peningkatan jumlah berkenaan tambahan pula dengan cuti umum perayaan Deepavali.

Iklan
Iklan

"Kemasukan orang luar akibat cuti umum juga mengakibatkan jumlah peningkatan pergerakan sekali gus menyumbang kepada berlakunya perhimpunan aktiviti sosial dan sebagainya.

"Tambahan lagi kadar positiviti Covid-19 di negeri ini masih tinggi. Maka ia sedikit sebanyak memberi kesan kepada peningkatan jumlah berkenaan,” katanya kepada Sinar Harian di sini pada Selasa.

Iklan

Sinar Harian sebelum ini melaporkan Kelantan merekodkan penularan Covid-19 tertinggi dengan 820 kes dilaporkan pada Isnin.

Peningkatan itu melebihi dua kali ganda kes berbanding hari sebelumnya iaitu 376 kes. Selain itu, negeri ini dilaporkan mencatatkan kadar vaksinasi lengkap yang rendah iaitu 58.8 peratus.

Iklan

Mengulas lanjut, Dr Zaini berkata, varian Delta dan Beta yang sudah sedia ada dalam komuniti juga tidak terkecuali memberi kesan kepada peningkatan jumlah tersebut.

Katanya, Kelantan mencatatkan 51 kes varian Delta dan 26 kes varian Beta melibatkan 10 buah daerah yang ada di negeri ini.

"Nasihat saya, apa yang penting, jaga SOP, jaga kebersihan diri, jaga penjarakan supaya kita dapat membendung penularan ini sebaik mungkin.

"Dengan kebebasan bergerak yang kerajaan umumkan perlulah digunakan dengan sebaiknya oleh seluruh masyarakat supaya kita dapat terus hidup walaupun dengan keadaan norma baharu ini,” katanya.