Paru-paru berair punca kematian bayi 4 bulan

Iklan

IPOH - Polis mengesahkan kematian bayi lelaki berusia empat tahun yang meninggal dunia selepas dihantar ke sebuah taska di Bandar Seri Botani, semalam disebabkan paru-paru berair.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintendan Mazuki Mat berkata, keputusan itu diperolehi selepas bedah siasat selesai jam 12.30 tengahari, hari ini.

Iklan
Iklan

"Mangsa dimasukkan ke Jabatan Kecemasan, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk mendapatkan rawatan sebelum disahkan meninggal dunia.

"Bedah siasat dijalankan hari ini dan hasil bedah siasat mendapati punca kematian adalah paru-paru sembab,” katanya.

Iklan

Menurutnya, kes dikasifikasikan sebagai mati mengejut.

ARTIKEL BERKAITAN: Bayi meninggal dunia selepas diambil dari pusat asuhan

Iklan