Calon PRN Melaka perlu ambil iktibar PRN Sabah: KKM

Iklan
Semua calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ketat serta mengambil pengajaran daripada PRN Sabah yang mencetuskan kluster Covid-19 selepas September tahun lepas.

KUALA LUMPUR - Semua calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ketat serta mengambil pengajaran daripada PRN Sabah yang mencetuskan kluster Covid-19 selepas September tahun lepas.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan bertegas dalam memastikan semua pihak mematuhi SOP yang ditetapkan demi menjaga keselamatan rakyat.

Iklan
Iklan

"Pihak KKM telah menetapkan SOP yang ketat untuk memastikan PRN ini dapat dijalankan dengan selamat dan kita juga perlu mengambil iktibar daripada apa yang telah berlaku ketika PRN Sabah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Integriti Nasional 2021 (KIN2021) di sini pada Selasa.

Dr Noor Azmi berkata, calon PRN Melaka dalam masa sama perlu mempamerkan sikap integriti yang tinggi terutamanya dalam pengurusan pandemik ketika negara ini membuat persediaan memasuki fasa endemik.

Iklan

"Kalau kita bercakap tentang PRN memang ketika ini kita sendiri mahu memilih seorang pemimpin yang berintegriti supaya dapat melaksanakan apa yang rakyat mahu dengan baik.

"Hanya dengan integriti pengurusan pandemik Covid-19 dapat dilaksanakan dengan baik dan perlu ada pendekatan dan usaha menyeluruh kerajaan dan masyarakat dan kita semua perlu bertanggungjawab,” katanya.

Iklan

Beliau turut berpendapat bahawa dalam memasuki fasa endemik, tahap kawalan kendiri yang tinggi dalam kalangan rakyat amat dituntut sebelum memasuki fasa tersebut. - Bernama

Ikuti perkembangan semasa #PRNMelaka dan kenali calon anda menerusi pru.sinarharian.com.my