UMP jalin kerjasama dengan VAC dalam pembangunan bakat dan teknologi

Iklan
Yuserrie bertukar dokumen MoU dengan Mohd Arif pada majlis yang berlangsung di UMP Pekan pada Isnin.

PEKAN - Universiti Malaysia Pahang (UMP) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Vacuumschmelze (VAC) bagi kerjasama industri, penyelidikan, pembangunan akademik dan modal insan.

Kerjasama itu meliputi penawaran pembiayaan biasiswa dan latihan industri kepada pelajar program dual ijazah di universiti itu.

Iklan
Iklan

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMP, Profesor Datuk Ts Dr Yuserrie Zainuddin berkata, ia bakal membuka peluang kepada kedua-dua pihak meneroka kerjasama yang dapat memberi manfaat kepada hubungan dua hala universiti-industri.

Menurutnya, kerjasama yang terjalin termasuk dalam menyediakan latihan dan perkongsian kepakaran melibatkan program kejuruteraan dan teknologi itu dapat meningkatkan kebolehpasaran graduan.

Iklan

"Ia turut melibatkan perkongsian kepakaran teknikal, penyelidikan dan hubungan industri melibatkan pihak VAC dalam aspek kejuruteraan elektrik, mekatronik dan pembuatan serta teknologi.

"Seiring dengan Perancangan Pelan Strategik UMP 2021-2025 (UMP25), kolaboratif ini bertepatan dengan hasrat UMP yang sentiasa berusaha untuk melahirkan graduan yang kompeten bagi memenuhi kehendak industri," katanya melalui satu kenyataan pada Selasa.

Iklan

Majlis menandatangani MoU secara hibrid itu berlangsung di UMP Kampus Pekan pada Isnin.

Yuserrie yang menjalankan fungsi Naib Canselor UMP dan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) bersama Profesor Ts Dr Mohd Rosli Hainin menandatangani MoU tersebut bagi pihak UMP manakala VAC diwakili Ketua Pegawai Eksekutif Vacummschmelze Germany, Dr Erik Eschen dan Pengurus Besar Vacummschmelze Malaysia Sdn Bhd, Mohd Arif Zakaria.

Sementara itu, Erik berkata, kolaboratif UMP dan VAC akan memperkukuhkan hubungan baik kedua-dua pihak dengan penawaran biasiswa untuk pelajar dual ijazah.

Beliau berkata, VAC menghargai kerjasama erat ini dan mengucapkan tahniah atas pencapaian UMP yang bakal meraikan sambutan ulang tahun ke-20 tahun hadapan.