'Sampai bila raksasa berkepala tiga akan ganggu Malaysia?' - Nazir

Iklan
Datuk Seri Nazir Tun Razak

SHAH ALAM - Golongan ahli politik di negara ini yang tidak mempunyai gambaran serta visi yang jelas mengenai hala tuju negara, akhirnya akan terus terperangkap dengan slogan populis selain terus mengagihkan wang demi mendapat sokongan.

Menurut laporan Astro Awani, bekas Pengerusi Kumpulan CIMB, Datuk Seri Nazir Tun Razak dalam memoirnya What’s in a Name berkata, ketidaksamaan dan perpecahan sosial dengan mudah boleh bertukar menjadi konflik sosial.

Iklan
Iklan

Tegasnya, ketidakstabilan yang berlaku berpunca daripada masalah politik wang, politik identiti dan pemusatan kuasa melampau atau raksasa berkepala tiga.

Menurut beliau, selagi perkara tersebut tidak ditangani Malaysia akan terus ketinggalan dan dan tidak bersedia untuk menghadapi cabaran dan peluang Revolusi Industri 4.0, perubahan iklim serta ketegangan antara China dan Amerika Syarikat.

Iklan

"Dengan mudah kita akan hanyut, menjadi bahtera tanpa kemudi atau enjin yang berfungsi di atas lautan yang penuh ancaman.

"Seperti kita lihat, bukannya pemimpin politik kita tidak menyedari keperluan untuk reformasi menyeluruh, mereka sedar. Manifesto (pilihan raya) mereka sejak dua dekad lepas merupakan bukti jelas betapa mereka mampu menganalisis masalah sedia ada.

Iklan

"Masalahnya mereka kurang berani dan yakin untuk mengubah sistem sedia ada. Sistem yang terdesak untuk berubah, tidak akan boleh terjadi dengan sendirinya seperti mana ‘turkeys will not vote for Christmas,” tulis Nazir.

Pengasas Ikhlas Capital itu berkata demikian melalui memoirnya ‘What’s in a Name’ yang bakal dilancarkan pada 8 November ini.

Nazir berkata, sejak sekian lamanya, sistem di Malaysia semakin gagal akibat pemusatan kuasa yang berlebihan dan sering menjadikan pemimpin utama itu bersikap autoritarian atau melakukan sesuatu demi kepentingan diri sendiri.

Bagaimanapun, beliau menegaskan, dalam usaha untuk menetap semula sistem ekonomi dan politik, semua pihak berkentingan perlu melihat dan mempelajari langkah generasi reform yang membentuk Malaysia Moden termasuk bapanya, Allahyarham Tun Abdul Razak.

"Kita perlu melihat kembali peranan Majlis Perundingan Negara (NCC) pada Januari 1970, sebagai respons kepada krisis perkauman 1969 yang berkemungkinan ketika itu akan menjadi ancaman kepada masa depan negara.

"NCC adalah satu kejayaan kerana ia membawa kesemua parti politik (kecuali DAP yang mahu pemimpinnya dilepaskan daripada tahanan), setiap kepercayaan dan komuniti,” katanya. - Awani